lately, im soo depressed.. mbr2 i asik tegur jek pasal bdn i da nek.. mcm2 i kne.. da gemuk la, bdn bengkak la, gebu la, tembam la.. isk.. byk lg la.. sabau jek la... nk wat cmne.. pe dorg ckp 2 mmg btl.. ble i timbang berat, makaihh... da cm berat anak gorilla da.. iskk
so, oleh krna 2, my fwen n i decided nk wat xercise.. honestly, i mmg xgema sgt nk bjoging nih... nnt penat sgt.. n xle nk wat pe pas jog 2. so... cancel berjoging... n my fwen atiqah a.k.a mama, da dpt 1 method how 2 lose weight... which is AEROBIC.. hehe...
mula2 mmg kelaka..dok melompat2 cm ank kera.. tp lame2 im used 2 it.. best lak ikut video 2 dok gelek2..dance.. lompat2... sambil2 tu, ley pratice my dancing skill yg da betaun xwat.. hehe...
not only dat... i pn try nk diet... nk kurangkn mkn... dis tym, mmg da nekad nk lose weight... penat la asik kne kutuk jek.. hehe...so ringkasan dalam bentuk senarai untuk memudahkan sesiapa yang ingin berdiet......
Minum air kosong dengan banyak
Kurangkan pengambilan carbohidrat
kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lainĂ‚²
well guys... at last i hv my 'azam'... 2 lose weight... hahaha... so, same2 la kt try berdiet eh.. da most important thing kl nk berdiet nih... JGN BerLapau... juz mkn pe yg nk... tp control...
Saturday, May 9, 2009
diet..oWhh diet..
Posted by ~aisya kawaii~ at 1:13 AM 0 comments
C.I.N.T.A.. rubbish???
Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum& Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati. Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan.
Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.
Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan. Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.
Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan. Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.
Posted by ~aisya kawaii~ at 12:51 AM 0 comments